Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Google Image
Dari semalam mood D asyik nak tengok movie je huhuhu hari ni D tengok cerita ...Hairspray pula. Korang mesti macam tak berminat je kan? tengok dulu baru tau..wink~wink~
Filem ni dikeluarkan pada tahun 2007 tau, ermm almost 3 years dah cerita ni kan. Kalau korang tau, melalui sumber-sumber yang boleh dipercayai (En.Googgle), filem ni sebenarnya diadaptasikan dari pementasan muzikal Broadway, Hairspray yang popular pada tahun pada tahun 2002. Pementasan muzikal tu pula adalah berdasarkan dari filem komedi yang sangat popular pada tahun 1988, juga tajuk yang sama (Hairspray) yang diarahkan oleh john Water.
Ok faham murid-murid setakat itu? Hehee kalau Tak faham buat-buat faham ok? Huhu meh kita sambung lagi cerita ni……
Google Image
Pada tahun 2007, Adam Shankman telah mengambil inisiatif untuk mengarahkan filen muzikal-comedy Hairspray ni. Untuk menjadikan filem ni menarik dia telah menggabungkan lagu-lagu dari pementasan Broadway bersama dengan skrip dari filem Comedy dahulu (kreatif kan dorang ni..huhu). Hah! Kalau korang tak nak tahu, korang kene tahu gak! (seyes), filem Hairspray ni adalah antara 4 filem muzikal yang Berjaya mendapat kutipan hangat di pasaran US!! Fuyyoooh! O_O mana tak gempak beb! Filem muzikal ni sebenarnya susah nak memikat hati penoton wayang tegar kat US ni..kiranya cerita ni bukan calang-calang la (tul ke pa D cakap ni???). Filem ni dah boleh duduk sebaris dengan filem-filem muzikal yang lain seperti Grease (1978), Chicago (2002) dan Mamma Mia! (2008) (hiiiiksss D pun tak tengok lagi filem-filem ni, tapi mama D cakap cerita Grease tu best dan memang sangat popular dulu-dulu, sampaikan mama D terbayang-bayang wajah John Travolta dalam cerita tu…huk3 @_@)
Google Image
Dah lama D bebel ni mesti korang cakap “Alaaaaaa D ni, dari tadi dok puji je filem ni takkan takde yang negative kot…..?” haaahaaa jangan risau, ada..mana boleh takde kan..? huhu Ok Dalam cerita ni, D tak berkenan dengan watak John Travolta. Nak tau sebab pa? sebabnya dalam cerita ni dia jadi perempuan!! Oh no!! Dia jadi ibu kepada Tracy!! Acu tengok gambar kat ats tu, tak berkenan seey! cam dah takda perempuan je yang sesuai pegang watak tu....perempuan kan makin ramai sekarang! haiiiiisssss! nasib baik cerita ni best.. (=_=)”
Google Image
D try search gak apa yang dorang-dorang (Omputeh) ni komen, dan ternyata memang ramai yang tak setuju dengan watak tu! Macam menggalakkan golongan-golongan ini berkuasa…(faham..? tak faham diam..huh) ;p Yang lain...ermmm so far D suka sangat watak Tracy dalam cerita ni! even dia 'comel' dia tetap yakin dengan apa yang dia buat! huh! cekal sungguh hati dia! Dia buat D pun rasa semangat nak makan buat apa yang kita minat! jangan taku-takut, belum cuba belum tau kan..? =)
Google Image
TaaaDaaaaaaaaaaaa! K ni la Tracy yang D dok puji-puji tadi! heheee cute kan dia! ;) ok dalam cerita ni nama penuh dia Tracy Turnblad yang dilakonkan oleh Nikki Bonsky.
Ok jom kita tengok trailer filem ni...
Meh sini D cerita serba sedikt tengtang filem ni. Ok Filem ini banyak berlatarkan kehidupan masyarakat di Baltimore sekitar tahun 60an. Ia menceritakan tentang kisah kehidupan seorang remaja yang ceria bernama Tracy Turnblad (Nikki Bonsky). Di sekolah Tracy hanya ada seorang kawan baik iaitu Penny Pingleton (Amanda Bynes). Mereka sangat meminati rancangan 'The Corny Collins Show' iaitu sebuah rancangan remaja yang diilhamkan bagi mencari bakat-bakat baru dalam pertunjukan tarian.
'The Corny Collins Show' telah datang ke solah mereka untuk membuat persembahan. Antara yang terlibat adalah Amber von Tussle (Brittany Snow) dan teman lelakinya Link Larkin (Zac Efron). Amber adalah anak kepada Velma (Michelle Pfeiffer), pengurus produksi di stesen tv WYZT (yang menerbitkan 'The Corny Collins Show). Amber dan ibunya seorang sangat jahat dan bersifat perkauman, dimana Velma telah mengasingkan slot bagi warga kulit hitam , "Negro Day" hanya pada hari selasa setiap bulan. Slot "Negro Day" di hostkan oleh R&B DJ yang pemilik kedai menjual rekod-rekod lagu, Motormouth Maybelle (Queen Latifah). Selain itu, Amber mengetuai team perempuan dan Link mengetuai team lelaki dalam 'The Corny Collins Show'.
Ibu Tracy, Edna (John Travolta) dan ibu Penny seorang yang kuat agama, Prudy (Allison Janney) menentang keras jika mereka ingin menyertai 'The Corny Collins Show'. Tetapi sebaliknya, bapa Tracy, Wilbur (Christopher Walken) sangat menyokong dengan keinginan anaknya itu. 1 hari Corny Collins (James Marsden) mengumumkan bahawa dia mahu mencari pengganti bagi menggantikan seorang pesertanya yang telah menarik diri. Ujibakat tersebut akan diadakan pada esok pagi waktu sekolah.Tracy dengan penuh semangat hadir ke ujibakat tersebut tetapi Velma tidak menerima Tracy kerana saiz badanya yang besar. Akibat lambat masuk kelas, Tracy telah dihantar ke detention (kelas untuk budak-budak bermasalah) oleh gurunya, Miss Wimsey (Jayne Eastwood). Semasa di sana, Tracy telah berkenalan dengan anak lelaki Motormouth Maybelle, Seaweed (Elijah Kelley). Seaweed banyak mengajar Tracy step-step tarian yang tidak pernah Tracy lakukan. Sedang asyik menari, Tracy tidak perasan bahawa Link sedang melihat lenggok tariannya. Link memuji Tracy dan Tracy amat gembira kerana Link adalah lelaki pujaannya.
Akhirnya Tracy berjaya menyertai 'The Corny Collins Show' dan amat menggembirakan ibubapanya. Sejak itu Tracy menjadi sangat popular. Amber tidak menyenangi akan perkara ini kerana dia takut kedudukannya sebagai "Miss Teenage Hairspray" tergugat dan risau teman lelakinya akan berpaling tadah kepada Tracy. Mr. Pinky (Jerry Stiller), pemilik butik Hefty Hideaway telah menawarkan Tracy untuk menjadi jurucakap di butiknya. Tracy amat gembira dengan tawaran itu dan memujuk agar ibunya menemaninya untuk bertemu Mr.Pinky. Ibu Tracy tidak mahu kerana dia berasa rendah diri untuk keluar rumah. Dia rasa semua orang akan mengejeknya berbadan besar. Tracy meyakinkan ibunya bahawa dunia telah berubah, pemikiran semua orang dah berubah, jadi ibunya tak perlu takut kerana sekarang sudah masuk tahun 60an.
Nak tahu lagi apa terjadi kepada Tracy selepas itu? Jom la tengok cerita ni..... =)
pssssst: kalau ada yang salah tolong betulkan ek, almaklumlah D buat research sendiri...takut ada yang D tersalah faham...huhu
kamu nih sejak berada di rumah asik mengupdated blog jer..ngeh3
ReplyDelete@saraidrishahaha tau xpe! busan sgt..xtau nk bt pe..huhu sara tgk a citer ni..best..girl dlm citer ni chumel! =)
ReplyDelete