Wednesday, February 16, 2011

Home » » KAMI The Movie

KAMI The Movie


credit En.Google

Pernah dengar tak pasal filem ni? Tau tak, D minat sangat cerita ni! Since tengok The Series lagi! Kat 8tv tak silap D. Ermmmmmm kalau tengok luaran memang macam tak berminat je nak tengok. Tapi 1 hari tu D tertengok sebab dah takde cerita lain yang menarik kat tv..WOW! tak sangka! Cerita ni Berjaya buat D nak tengok lagi dan lagi! Everyweek D memang tertunggu-tunggu apa kesudahan cerita ni! Last episode series ni, sangat tak puas hati sebab...

cerita dia macam tergantung! Demmmmn! Huk3 (-_-)’ Seingat D, lepas  Abu masuk pusat pemulihan kerana mencuri pastu dia gaduh pastu dia lari pastu cerita ni terus habis……sob sob sob (T_T ) Tapi Alhamdulillah! =) Dia dah pun keluarkan movie! Wehuuuuu! =) 

credit En.Google

Yeap! Tak payah bising-bising memang movie ni dah lama huhu tapi baru sekarang D dapat tengok tau! Hiiikks.. Ok kalau korang nak tau cerita ni berkisarkan tentang konflik yang dihadapi sekumpulan remaja dalam menentukan masa depan mereka, masing-masing ada rahsia. Hah! Paling touching sekali bila sampai je part family and friendship tu..huhuhu jiwa D memang sensitip sob sob sob !_! Cerita ni bagi D realistic sebab D rasa apa yang terjadi kat dalam cerita tu memang ada di dunia reality ni……. Cuma tinggal macam mana kita nak menghadapi dan mengatasinya sahaja. Tepuk dada Tanya iman kan… =)  

credit En.Google

Kalau korang belum tengok cerita ni, D suggestkan korang untuk tengok! Betul tak rugi! (nada seyes!) Kalau nak lebih menjiwai watak-watak dalam cerita ni better tengok KAMI the series dulu, semuanya ada 8 episode tak silap D. =) Tapi kalau tak tengok pun takpe kot sebab dalam filem ni dia ada flashback sket-sket, so maybe korang boleh faham kot huhu ;) Cuma ada sket D tak berkenan dengan cerita ni...ermmm kalau dimasukkan unsur-unsur islamik maybe lagi menarik cerita ni...huhu Adeeeh…sebenarnya D tak pandai sangat nak buat sipnosis filem-filem ni, yang D tau cerita tu sedap and titik Heeehee kalau korang nak tau tengok la sendiri ek, baru tau sedap ke tak..huhu

credit En.Google

Ok nanti D review sket watak-watak dalam cerita ni, sebelum tu kita tengok dulu trailer filem yang diarahkan oleh Effendee Mazlan bersama dengan Fariza Azlina Isahak ni...jom layaaaaannn….. ;)

 


credit En.Google

LYNN (Liyana Jasmay)
Seorang gadis dari pekan kecil yang mengimpikan peluang untuk mengembara dan ingin menjadi seorang penulis yang terkenal. Seorang yang berdikari dan pandai membawa diri, Dia menjual kerja rumahnya kepada pelajar-pelajar di sekolahnya demi mencari duit lebih untuk membeli sebuah komputer baru. Berbekalkan keyakinan diri dan hasrat yang tinggi untuk berjaya sebagai seorang penulis, dia juga ada menulis majalah terbitanya sendiri iaitu KAMI dengan menggunakan nama samaran sebagai “Teka Teki”. Tetapi dalam keghairahannya untuk mendapatkan duit, dia bertembung dengan Boy (seorang pengedar dadah) dan mula terjerumus dalam dunia pengedaran dadah. Tindakannya memaksa ibunya untuk membuat keputusan berpindah ke KL dan memulakan hidup yang baru. Di KL, dia berkawan rapat dengan ALI, ABU, SOFIE dan ADII.

credit En.Google

ALI (Syarul Ezani)
Anak seorang usahawan yang ingin menceburi diri dalam bidang muzik tetapi kurang berkeyakinan diri untuk meneruskan cita-citanya. Seorang yang suka memendamkan perasaan, dia mendapati dirinya bergelut dengan keinginan untuk kembali ke zaman gelapnya sebagai cara untuk menghadapi tekanan dalam keretakan perkahwinan ibubapanya yang berpunca dari kejatuhan perniagaan bapanya.

credit En.Google


SOFIE (Juliana Evans)
Seorang gadis jelita yang tidak suka dinilai berdasarkan kecantikannya malah mahu dinilai kerana kepandaiannya. Seperti Ali, dia juga membesar dengan melihat keretakan perkahwinan ibu bapanya. Setelah ibunya meneruskan perceraian buat kali kedua, dia mula rasa tertekan sehingga ianya menjejaskan hubungannya dengan Ali. Walaupun telah kembali ke pangkuan Zarul, teman lelaki lamanya, namun hatinya masih terpaut pada Ali. Hasratnya untuk meneruskan pelajaran terganggu ditambah pula dengan sikap ibunya yang seperti tidak ingin dia berdikari.

credit En.Google

ABU (Nas-T)
Abu adalah kawan baik kepada Ali yang sentiasa ada ketika Ali susah dan senang. Seorang yang suka bergurau dan pandai mengambil hati. Dia mula melibatkan diri dalam pergaduhan dan kecurian kerana sikap dingin bapanya setelah kematian Zul, abangnya yang dibunuh ketika disamun. Setelah dihantar ke pusat pemulihan akibat kes mencuri, perhubungan antara Abu dan bapanya semakin renggang menyebabkan Abu hilang arah masa depan.


credit En.Google

ADII  (Zayanah Ibrahim)
Sepupu kepada Ali yang sentiasa inginkan rakan-rakannya gembira. Walaupun cuba bersikap positif dalam mengharungi masalah-masalah yang melanda rakan-rakannya, hubungan yang dijalinkan bersama seorang lelaki yang ditemui menerusi chatting amat meninggalkan kesan kepada dirinya apabila lelaki itu menghilangkan diri secara misteri. Walaupun Adii cuba meneruskan hidupnya, namun dia tetap menaruh harapan untuk bertemu dengan jejaka idamannya itu.

Sekian...Happy Watchin'! =)



credit En.Google 



pssssst: Ali tu ensem kan..?? huhuhuhuuuuu tapi D lebih suka watak Abu.. =) info-info tentang pelakon-pelakon ni D dapat dari sini....klik


0 Gosip Hangat!:

Post a Comment

Sila komen dengan mengunakan Bahasa yang elok lagi sopan ok! Terima Kasih! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...