Salam..
Ni berita yang di peroleh dr Utusan Online...Datuk Nicol David tewas dalam Skuasy Terbuka Britain semalam...ermm sedih gak la..tp tak boleh a kita dok salah kn Datuk Nicol ni..biasa la kn..kalah menang adat pertandingan..mayb kali ni bukan rezeki dia..hope Datuk Nicol dpt bangkit semula! chaiyok3!!!!
Baca berita seterusnya...

Baca berita seterusnya...
Nicol tumbang, cabaran berakhir
MANCHESTER - Selepas tidak pernah dikalahkan dalam 18 kejohanan berturut-turut, Datuk Nicol David akhirnya tersungkur pada suku akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Britain di sini, semalam.Nicol, yang tidak pernah ditewaskan oleh mana-mana pemain sejak kekalahan terakhir kepada Shelley Kitchen pada Terbuka Dunia, Oktober, 2007 dikejutkan oleh pemain Ireland, Madeline Perry 11-6, 14-12, 13-15, 5-11, 9-11 dalam pertarungan sengit yang berlangsung selama 1 jam, 16 minit.Dengan keputusan itu, Nicol, 25, yang baru meraikan kejayaan mempertahankan ranking No. 1 dunia selama empat tahun berturut-turut awal bulan ini, cabaran negara pada kejohanan skuasy tertua di dunia itu berakhir selepas pemain lelaki utamanya, Mohd. Azlan Iskandar turut kecundang.Turun selaku pilihan pertama dan juara 2005, 2006 serta 2008, Nicol bermula baik dengan memenangi dua set pertama.Begitupun, semangat juang tinggi yang dipamerkan oleh Perry membolehkan pemain veteran berusia 32 tahun itu memenangi tiga set berikutnya.Ini adalah kemenangan pertama yang dicatat Perry ke atas Nicol selepas kalah dalam semua tujuh pertemuan mereka sebelum ini."Macam tak percaya yang saya baru saja mengalahkan pemain No. 1 dunia. Saya selalu berdepan masalah setiap kali menentang Nicol."Ini merupakan kemenangan terbesar dalam karier saya. Saya menukar corak permainan sejak kali terakhir kami bertemu (Terbuka KL, Mac lalu), dan banyak memberi tumpuan kepada pergerakan kaki,'' ujar Perry.Menanti pemain kelahiran Banbridge itu pada separuh akhir adalah pilihan ketiga dari England, Alison Waters yang mara selepas menundukkan Donna Urquhart dari Australia, 6-11, 11-5, 11-3, 11-7.Satu lagi perlawanan separuh akhir pula menemukan bintang Australia dan pemain No. 2 dunia, Rachael Grinham dengan pemain tuan rumah, Jenny Duncalf.Sementara itu dalam saingan lelaki, Azlan gagal meneruskan kecemerlangan tewas 5-11, 6-11, 10-12 kepada James Willstrop dari England.
♥ nDk™ ♥
0 Gosip Hangat!:
Post a Comment
Sila komen dengan mengunakan Bahasa yang elok lagi sopan ok! Terima Kasih! =)