Salam...
Pernah dgr tak pasal tudung magnet? D pn br tau baca kat utusan online..Katanya tudung ni dapat membantu kitaran dan pengaliran darah dengan baik sambil mengurangi risiko sakit kepala, pening & migrain yang berat and Terapi magnet adalah suatu kaedah alternatif penahan sakit secara semulajadi atau pun Natural Pain Relief...
huhu ok pa2 pun bc dulu berita ni...
Pernah dgr tak pasal tudung magnet? D pn br tau baca kat utusan online..Katanya tudung ni dapat membantu kitaran dan pengaliran darah dengan baik sambil mengurangi risiko sakit kepala, pening & migrain yang berat and Terapi magnet adalah suatu kaedah alternatif penahan sakit secara semulajadi atau pun Natural Pain Relief...
huhu ok pa2 pun bc dulu berita ni...

Tudung bermagnet diminati wanita Indonesia
JAKARTA 14 Sept. - Usahawan tukang jahit Indonesia memperkenalkan tudung bermagnet untuk wanita Islam bagi memulihkan penyakit dari sakit kepala hinggalah kepada kelesuan.Tudung atau penutup kepala 'kesihatan' keluaran kilang milik Herawati Widodo yang beroperasi di Jawa tengah itu adalah untuk dieksport ke Malaysia, Singapura dan Asia Barat.Herawati mendapat idea tersebut selepas membaca kajian yang mengatakan magnet mampu bertindak bagi mengurangkan kesakitan badan dan merangsang pengaliran darah.Walaupun tidak ada bukti terus daripada segi kesihatan, namun tudung berkenaan mendapat sambutan sangat baik terutama sepanjang bulan Ramadan ini."Kami menghasilkan tudung bermagnet ini sejak Ramadan tahun lalu. Tudung-tudung yang direka bentuk secara kreatif ini bukan hanya untuk kecantikan tetapi turut memberi pilihan bagi tujuan kesihatan," beritahu Herawati kepada Reuters."Kami ada 21 bentuk tudung dan mengeluarkan lebih 2,000 helai sebulan," katanya. Secara purata, lebih 3,000 helai terjual sepanjang Ramadan dengan sebahagian besarnya telah habis dari stok simpanan.Setiap helai tudung berkenaan dijual pada harga antara 60,000 hingga 150,000 rupiah (RM21 hingga RM52) dengan sesetengah pelanggan mendapatinya ia memberi banyak manfaat kepada mereka."Masalah sakit kepala saya hilang sejak saya memakai tudung jenis ini," kata Ari Istiani yang membeli empat helai tudung bermagnet.Pemakaian tudung menjadi semakin popular dan sudah menjadi fesyen bagi kebanyakan wanita muda di Indonesia, iaitu negara yang mempunyai penduduk Islam terbesar di dunia. - REUTERS
0 Gosip Hangat!:
Post a Comment
Sila komen dengan mengunakan Bahasa yang elok lagi sopan ok! Terima Kasih! =)