Saturday, July 25, 2009

Home » » Congrats Nicol David!!!

Congrats Nicol David!!!

Salam...

waaaa teror giler a nicol ni..maintain je..kan baguih klu sume players mesia cmni..hukhuk..neway congrats nicol!!

credit:utusan malaysia

KUALA LUMPUR - Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David meraih pingat emas buat Malaysia dalam acara skuasy wanita pada temasya Sukan Dunia 2009 yang berlangsung di Kaoshuing, Taiwan semalam.
Menurut laman web rasmi temasya sukan berkenaan, www.worldgames2009.tw, pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Chung Cheng Martial Arts, Nicol menewaskan Natalie Grinham 11-6, 11-8, 11-6 dalam perlawanan selama 38 minit.
Kemenangan itu adalah yang kedua buat Nicol selepas pertama kali meraih pingat emas pada temasya sukan yang sama empat tahun lepas di Duisburg, Jerman.
Pada perlawanan penentuan pingat gangsa, pemain Mesir, Omneya Abdel Kawy menewaskan Alison Waters dari Britain dalam perlawanan lima set.
Omneya menang dengan 8-11, 11-7, 6-11, 11-8, 12-10 dalam perlawanan yang berlangsung selama 51 minit.
Dalam kategori lelaki, pemain negara, Mohd. Azlan Iskandar pula menyumbang pingat gangsa buat Malaysia.
Beliau meraih kemenangan itu selepas lawannya, Stewart Boswell dari Australia menarik diri kerana mengalami kecederaan ketika beraksi dalam perlawanan separuh akhir semalam.
Pada perlawanan akhir kategori lelaki, pemain Britain, Nick Matthew menewaskan rakan senegaranya, James Willstrop untuk meraih pingat emas. Matthew menang 11-8, 11-6 dan 11-5. - BERNAMA
♥ nDk™ ♥

0 Gosip Hangat!:

Post a Comment

Sila komen dengan mengunakan Bahasa yang elok lagi sopan ok! Terima Kasih! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...