Salam,
credit: nasha aziz fan page
Sebuah KARYA EIRMA FATIMA dan arahan ELLY SURIATY bersama lakonan hebat NASHA AZIZ, FAHRIN AHMAD, HARYANTO, ANNE ABDULLAH dan lain lain lagi manakala JAMAL ABDILLAH, ZIANA ZAIN, HATTAN, LAN TYPWRITTER, WANA, IQWAL, AHDAN akan hiburkan anda dengan lagu-lagu popular Arjuna, Laskar Cinta, Mentari Di Ufuk Timur, Melawan Ar...us, Istana Menanti, Kepadamu Kekasih, Makhluk Tuhan Paling Seksi, Pintu Rindu, Meniti Titian Usang dan banyak lagi....
Konsep persembahan ini adalah sebuah Pantomin. Nyanyian dan lakonan akan digabungkan didalam sebuah penceritaan yang menarik. Antara … mengisahkan perjalanan awal kejadian manusia. Nabi Adam (as) dan Hawa. Ia juga akan menyentuh perjalanan kehidupan manusia; dari kelahiran, alam hayat, alam baqa, syurga dan neraka.
Adam dan Hawa memulakan kehidupan mereka di alam syurga, tetapi kerana tergoda dengan hasutan iblis, keduanya terlontar ke bumi. Di alam dunia, iblis terus meraja dan manusia berpalit dengan noda dan dosa. Yang lemah imannya akan hanyut dan tewas, manakala yang kental imannya akan berjaya mempertahankan akidahnya.Setiap yang hidup akan menghadapi kematian. Di alam barzakh segala dosa dan pahala akan diperhitungkan. Dari alam barzakh, manusia akan berpindah ke Padang Masyar dan setiap orang akan melalui titian siratul mustaqim. Amal dan pahalalah yang akan menentukan syurga dan neraka.
Tiket-tiket berharga RM 50, 70, 100, 150, 200 dan 250 dan boleh didapati di http://www.ticket2u.biz atau di kaunter jualan Istana Budaya.
diyana kama: tak silap D elly suriaty tarik diri sebelum teater ni bermula....info ni D dapat dari FB eirma fatima....tapi no worries k..teater ni tetap best!=)